Wednesday, 17 December 2014

SURAT RAYUAN HAJI MAHRAM 2015

Alhamdulillah, hari ini saya cuba kongsikan panduan menulis surat rayuan haji untuk mahram.

semoga dapat membantu. insyaAllah




XXX ( nama pemohon )
XXX ( alamat pemohon )
35800 Slim River
Perak
_________________________________________________________________________________
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
Peti Surat 11025
50732 Kuala Lumpur
(U/P: Bahagian Operasi Domestik)                                                                                 16 December 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan,

RAYUAN UNTUK MENUNAIKAN FARDHU HAJI 1436H/2015M SEBAGAI MAHRAM KEPADA PUAN XXX (nama isteri)

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Saya, XXX (nama pemohon), No. Kad Pengenalan 777777-08-7777 ingin merayu kepada pihak tuan untuk menunaikan fardhu haji 1436H/2015M sebagai mahram kepada isteri saya iaitu
XXX (nama isteri) ( 777777-08-7777). Isteri saya telah pun mendapat pengesahan untuk menunaikan haji pada tahun ini 1436H/2015M.

3.            Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan surat pengesahan mahram dan berikut adalah butir – butir saya dan isteri saya:
No.
Nama
Pertalian
No. KadPengenalan
No. Daftar Haji
1.
(nama isteri)
Isteri
777777-08-7777
777777777777744A
2.
(nama pemohon)
Suami
777777-08-7777
777777777777905A
4.   Saya amat berharap agar rayuan saya dapat diterima kerana saya:
i) telah cukup wang untuk menunaikan haji
ii) telah menghadiri kursus haji pada tahun 2014 dan akan menghadiri sekali lagi pada tahun ini.
iii) sihat tubuh badan dan tiada apa-apa halangan jika terpilih, insyaAllah.

5.   Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Sekian.

Yang benar,


((nama pemohon))
777777-08-7777
No Telefon: 013-66666666

25 comments:

  1. Assalamualaikum Encik,

    Saya mohon copy surat ini ye. Saya baru nak buat rayuan haji memandangkan emak ayah saya dapat tawaran haji pada tahun ini. Terima kasih atas panduan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum encik waklondon,

    Saya mohon copy surat rayuan ini ye. Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Encik,
    Minta izin copy surat rayuan ini ye.. terima kasih panduan dan perkongsian. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Encik,
    Minta izin copy surat rayuan ini ye.. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Minta izin utk copy surat rayuan ini. sangat2 membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Encik,
    Minta izin copy surat rayuan ini ye.. terima kasih

    ReplyDelete
  7. izinkan sy untk copy ya. terima kasih atas ilmu.

    ReplyDelete
  8. salam..izin copy...syukran jazilan..

    ReplyDelete
  9. As salam...izin saya copy. tq

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. minta izin copy ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam...mohon izin copy ye...moga bertambah saham diakhirat atas asbab ini

    ReplyDelete
  12. Izin untuk copy, semoga Allah merahmati Kita semua

    ReplyDelete
  13. Assalam, saya minta izin copy k, semoga anda diberikan rahmat Allah SWT

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum, terima kasih share contoh surat ini, izinkan saya copy and edit ya

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum, terima kasih share contoh surat ini, izinkan saya copy and edit ya. tq

    ReplyDelete
  16. Terima kasih tn..sangat membantu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.sy minta izin copy surat rayuan ni.Sangat membantu.Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..saya mohon copy surat di atas. terima kasih dan sangat membantu. harap di halalkan.

    ReplyDelete
  19. As salam, mohon copy ye surat ni..terima kasih...

    ReplyDelete
  20. asalam ..mohon copy surat ni ye..terima kasih perkongsian nya

    ReplyDelete
  21. As salam, mohon izin copy surat ini ye. terima kasih

    ReplyDelete
  22. Mohon izin copy ye. Terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan anda di dunia dan akhirat

    ReplyDelete