Alhamdulillah, hari ini saya cuba kongsikan panduan menulis surat rayuan haji untuk mahram.
semoga dapat membantu. insyaAllah
XXX ( nama pemohon )
XXX ( alamat pemohon )
35800 Slim River
Perak
_________________________________________________________________________________
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
Peti Surat 11025
50732 Kuala Lumpur
(U/P: Bahagian Operasi Domestik)
16 December 2014
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan,
RAYUAN UNTUK MENUNAIKAN FARDHU
HAJI 1436H/2015M SEBAGAI MAHRAM KEPADA PUAN XXX (nama isteri)
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya, XXX (nama pemohon), No. Kad Pengenalan 777777-08-7777 ingin merayu kepada pihak tuan
untuk menunaikan fardhu haji 1436H/2015M sebagai mahram kepada isteri saya
iaitu
XXX (nama isteri) ( 777777-08-7777). Isteri saya telah pun
mendapat pengesahan untuk menunaikan haji pada tahun ini 1436H/2015M.
3. Bersama-sama dengan
surat ini dilampirkan surat pengesahan mahram dan berikut adalah butir – butir saya
dan isteri saya:
|
No.
|
Nama
|
Pertalian
|
No. KadPengenalan
|
No. Daftar Haji
|
|
1.
|
(nama isteri) |
Isteri
|
777777-08-7777 |
777777777777744A
|
|
2.
|
(nama pemohon) |
Suami
|
777777-08-7777 |
777777777777905A
|
4. Saya amat berharap agar rayuan
saya dapat diterima kerana saya:
i) telah cukup wang
untuk menunaikan haji
ii) telah menghadiri
kursus haji pada tahun 2014 dan akan menghadiri sekali lagi pada tahun ini.
iii) sihat tubuh badan
dan tiada apa-apa halangan jika terpilih, insyaAllah.
5. Kerjasama dan pertimbangan
daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan berbanyak
terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
((nama pemohon))
777777-08-7777
No Telefon: 013-66666666